Assalamualaikum. Saya Hanisah. Ayah saya berumur 63 tahun dan mempunyai berat badan 50kg dengan ketinggian 158cm dan bacaan kolestrolnya 6.9. Saya lihat badan ayah terlalu kurus. Dia tidak mahu makan macam-macam sebab takut bacaan kolestrolnya naik. Sampaikan kuning telur pun dia tidak mahu makan dan hanya makan putih telur sahaja. Sebelum menetap di kampung dia mempunyai berat badan 55kg. Sekarang menetap di kampung, beliau banyak membuat kerja2 kampung seperti menebas, potong pokok, korek tanah utk menanam dan lain2. Pemakanan macam mana yang sesuai untuk ayah saya untuk menambah berat badan tanpa meningkatkan bacaan kolestrol nya. Boleh bagi contoh pemakanan untuk seminggu. Terima kasih.
The post Pemakanan seimbang kolestrol tinggi appeared first on Ask Kevin Zahri.